Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Musa Aman mengarahkan pihak berkuasa yang berkaitan untuk menjalankan siasatan menyeluruh dan telus, berhubung kematian pelajar Zara Qairina Mahathir.
Pasukan petugas khas Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman mengambil alih siasatan kes kematian pelajar tingkatan satu, Zara Qairina Mahathir.
Jenazah Allahyarham Zara Qairina Mahathir, 13, dibawa keluar dari Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Queen Elizabeth I, di sini kira-kira 9.30 malam ini setelah proses bedah siasat selesai.
Proses bedah siasat jasad Zara Qairina Mahathir selesai selepas kira-kira lapan jam prosedur itu dijalankan.
Proses penggalian semula kubur Zara Qairina Mahathir di Tanah Perkuburan Islam Tanjung Ubi, Kampung Mesapol, di sini selesai pada 7.15 malam ini.
Hujan lebat tidak menghalang orang ramai hadir ke Tanah Perkuburan Islam Tanjung Ubi, Kampung Mesapol di sini hari ini, bagi menyaksikan proses gali semula kubur pelajar tingkatan satu Zara Qairina Mahathir.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan siasatan berhubung kes kematian pelajar Tingkatan Satu Zara Qairina Mahathir di Sabah perlu dilakukan secara telus tanpa melindungi sesiapa.
Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menggali semula kubur Zara Qairina Mahathir secepat mungkin untuk melengkapkan proses siasatan kes kematian pelajar tingkatan satu berkenaan.
Mayat Zara Qairina Mahathir perlu digali semula bagi membolehkan prosedur bedah siasat dijalankan ke atas jenazah pelajar Tingkatan Satu berkenaan, menurut Jabatan Peguam Negara (AGC).
Arahan itu susulan penyebaran meluas pelbagai kandungan tidak sahih di media sosial berkaitan kes tersebut
Laporan itu diserahkan semula kepada polis berserta arahan berhubung beberapa perkara untuk dibuat penelitian
SEREMBAN, 29 JUN: Inkues bagi menentukan punca kematian Nour Rania Asyifaa Yuseri berusia 15 bulan ketika di bawah jagaan sebuah pusat asuhan di Bandar Sri Sendayan di sini, akan bermula di Mahkamah Koroner di sini pada 22 September ini.
SEREMBAN, 19 OKT: Prosiding inkues bagi menentukan kematian remaja perempuan warga Ireland-Perancis Nora Anne Quoirin di Mahkamah Koroner Seremban terpaksa ditangguh selepas seorang saksi didapati merupakan kontak rapat kepada pesakit Covid-19.
SEREMBAN, 25 OGOS: Mahkamah Koroner hari ini diberitahu sehari selepas kehilangan Nora Anne Quoirin, iaitu pada 5 Ogos, keluarganya pernah memaklumkan kepada polis yang mereka mengesyaki anak mereka diculik.
SEREMBAN, 24 OGOS: Prosiding inkues bagi menentukan punca kematian remaja Ireland-Perancis Nora Anne Quoirin, akan didengar di Mahkamah Koroner di Kompleks Mahkamah Seremban, hari ini.
GEORGE TOWN, 11 OGOS: Ujian asid deoksiribonukleik (DNA) ke atas tulang pinggul yang ditemukan di sebuah kawasan hutan berhampiran Jalan Batu Gantung, di sini pada 24 Jun lepas sepadan dengan DNA Anna Jenkins, warga Australia yang dilapor hilang di negeri ini, tiga tahun lepas.
KUALA LUMPUR, 4 OGOS: Kertas siasatan berhubung kes kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim dirujuk semula ke Jabatan Peguam Negara pada 23 Julai lepas, disusuli dengan beberapa cadangan, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin.
SEREMBAN, 14 OGOS: Hasil laporan bedah siasat mayat remaja Ireland, Nora Anne Quoirin, 15, akan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara, bagi menentukan sama ada terdapat keperluan untuk mengadakan inkues.
SHAH ALAM, 24 JUL: Prosiding inkues bagi menyiasat punca kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim, ditutup hari ini selepas tiada lagi saksi yang akan dipanggil memberi keterangan berhubung kes itu.
SHAH ALAM, 17 APRIL: Corak yang terhasil pada patung model getah berikutan hentaman pintu van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS), mirip dengan kecederaan sagat dan lebam pada dada kanan Muhammad Adib Mohd Kassim.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.